mata-mata

Nasib si peminta sedeqah..

aku tersenyum lebar apabila melihat sekeping cek terselit di dlm poket bajuku bernilai RM 600.00 ringgit wang malaysia hehe, walaupun jumlahnya tidak sebesar mana namun itu lah gaji yg ku peroleh hasil dr kerjaku menegakkan islam, alhamdullah syukur padamu ya Allah segalanya pemberianmu aku syukuri..di dlm perjalanan pulang dari bank..tidak lekang bibirku memuji kalimah suci Mu sambil mataku menyeliar pelbagai gelagat manusia di sebuah bazar ramadhan, terdetik hatiku bercoloteh sebentar melihat gelagat seorang makcik tua" ya Allah! mak long ni nk bukak puasa macam nk buat kenduri je..eh! makcik tu xcukup dua tangan bungkusan makanan digigitnya pulak, lepas ni xcukup kaki pulak kut haha..ketawa hati kecikku,, tiba2 pandanganku terhenti di hujung lorong-lorong kecil bazar kelihatan seorang pakcik tua yang kudung sebelah kakinya hanya duduk merenung diri keseorangan..tidak seorang pun yg memperdulikan nasib si tua itu,barangkali badannya busuk dgn sbb itu ramai org lari berjauhan dari si tua itu..berbisik hatiku", tiada seorangkah yang mempunyai perasaan belas kasihan sedikit pun terhadap pakcik itu ??, sedih hatiku..aku harap ia jadi peringatan buat diriku, manusia kaya dengan harta tetapi miskin budi pekerti, bahkan nilai islam pun jauh ditinggalkan..inilah penyakit akhir zaman..teringat aku akan pesanan Nabi muhammad S.A.W....

sebahagian wasiat Nabi kpd Ali

Sabda Rasulullah SAW :

Wahai Ali !

1) Orang yang murah hati itu hampir kepada Allah, hampir kepada rahmatNya dan jauh daripada siksaanNya. Dan orang yang kikir itu jauh drp Allah, jauh drp rahmatNya dan hampir kepada siksaanNya.

2) Sesiapa yang memberi makan kepada seorang muslim dengan senang hati, nescaya Allah tuliskannya 1000 kebajikan, dihapuskan 1000 kejahatan dan diangkat 1000 darjat.

3) Bersedeqahlah untuk keluargamu yang telah mati. Allah SWT telah mewakilkan beberapa malaikat yang akan membawa sedeqah orang yang hidup kepada orang yang mati itu, maka sukacitalah mereka (orang mati) lebih daripada sukacitanya semasa di dunia sambil berkata : Ya Tuhanku, ampunilah orang yang menerangkan kubur kami dan gembirakanlah dia dengan syurga sebagaimana dia telah mengembirakan kami dengan sedeqahnya.

1 ulasan: