mata-mata

21 Mac 2011

Hukum mencuri dalam islam

Takrif  dari istilah Mencuri


 Pengertian mencuri dan hukumnya dalam islam dari segi:
1.  Pengertian bahasa:pengambilan harta benda secara diam-diam.
2 . Istilah syarak:pengambilan harta secara diam-diam dan zalim dari tempat simpanan sewajarnya dengan terikat kepada syarat tertentu.

 Hukuman mencuri dalam islam mengikut nas-nas

Al-Quran dan hadis As-Syarif telah menetapakan hukumnya  ialah potong tangan  ke atas pencuri sama ada lelaki atau perempuan apabila sabit kesalahannya Pembalasan (hukuman)tidak harus diberi keampunan oleh mangsa curinya sendiri atau pihak pemerintah,ia juga tidak harus ditukar ganti dengan menjadi miliknya orang lain.

Dalil mencuri dari Al Quran Al karim:

v “Laki-laki yang mencuri dan perempuan yang mencuri, potong lah tangan keduanya (sebagai) pembalasan bagi apa yang mereka kerjakan dan sebagai seksaan dari Allah. Dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. Maka barang siapa bertaubat (di antara pencuri-pencuri itu) sesudah melakukan kejahatan itu dan memperbaiki diri, maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang” (Al-Ma’idah:38-39)

Dalil mencuri dari Hadis Nabi swt :

§  dari Ibnu Umar r.a berkata, “Beliau (Rasulullah) memotong tangan pencuri kerana mencuri perisai (baju besi) seharga 3 dirham” (Al Bukhari dalam Al Hudud no.6796 dan Muslim dalam Al Hudud no.1686/6)
§  dari Aisyah r.a, Nabi bersabda, “Tangan harus dipotong kerana mencuri ¼ dinar atau lebih” (Sohih Al Bukhari dalam Al Hudud no.6789)

§  Sohih Muslim dalam Al Hudud no.1684/2, “Tangan pencuri tidak dipotong melainkan kerana mencuri ¼ dinar atau lebih.”

§  Nabi bersabda, “Potonglah kerana mencuri ¼ dinar, dan jangan potong kerana mencuri kurang dari itu.” (Al Bukhari dalam Al Hudud no.6791)
§   dari Rafi’ bin Khudaij berkata, “Aku mendengar Rasulullah bersabda: tidak ada hukum potong kerana mengambil buah-buahan, begitu pula tandan kurma.” (HR. Ahlus Sunah, Abu Dawud dalam Al Hudud no.4388, dan At Tirmidzi dalam Al Hudud 1449).

Dari dalil-dalil di atas, saya memahami bahawa seseorang boleh dianggap sebagai pencuri dan dikenali hukum potong tangan apabila pencurian dilakukan pada tempat penyimpanan dan telah mencapai nishab 1/4 dinar, 1 dinar = 4.25 gram emas asli 1,0625 gram emas asli atau kalau sekarang (1gram emas asli 99% = RM 500.00.)

Syarat-syarat bagi sabit hukuman mencuri

a . Syarat pencuri:
  • Sempurna akal
  • Baligh
  • Pilihan sendiri
  • Terikat dengan undang-undang Islam
  • Pencuri bukan asalnya (bapa atau datuk)
  • Tahu mencuri itu haram

b. Syarat harta: 
§   barang yang bernilai.
§   Cukup nisab.
§   Harta yang dicuri terletak di tempat yang sewajarnya dengannya. 
§   Harta yang dicuri itu jenis tahan disimpan dan tidak jenis rosak.
§   Hendaklah barang yang dicuri bukan sesuatu yang di harus seseorang  mengambilnya.
§   Harta benda itu bukan miliknya. dan tiada tempat penjaga.
§  Terpelihara,iaitu pencuri tidak ada hak mengambil, tidak ada takwil dan tidak ada sepakat  pencuri tidak dibenarkan masuk ke tempat simpanan dan tidak mempunyai keizinan. 
§   Ada niat untuk mencuri.

kedudukan dan kesan apabila tiada pelaksanaan hukuman had terhadap individu dan masyarakat:

a)Individu :

1 Seorang yang tidak dijatuhkan hukuman akan berasa tidak takut serta ada kemungkinan dia akan melakukan lagi kesalahan tersebut. 
2 Individu lain sentiasa takut dan bimbang barang-barang mereka dicuri.

b)Masyarakat :

1 Masyarakat akan mengambil tindakan sendiri terhadap pencuri.
2 Keadaan masyarakat tidak aman serta menimbulkan permusuhan di kalangan mereka.


Hukuman Bagi Pencuri

Mencuri adalah dosa besar dan orang yang yang mencuri wajib dihukum, iaitu:

1. Mencuri yang pertama kali, maka dipotong tangan kanannya.
2. Mencuri kedua kalinya, dipotong kaki kirinya.
3. Mencuri yang ketiga kalinya, dipotong tangan kirinya.
4. Mencuri yang ke empat kalinya, dipotong kaki kanannya.
5. Kalau masih mencuri, mengikut kata sebahagian ulama' ia wajib dibunuh.

Syarat hukum potong tangan
1. Pencuri tersebut; sudah baligh, berakal, sanggup melakukan pencurian dengan kehendaknya bukan paksaan.
2. Barang yang dicuri sampai nisab ( 1/4 dinar emas), dan barang itu bukan milik si pencuri.
  
*    Daripada intipati dari pengisian di atas kita dapat jadikan input dan maklumat yang berguna, sekian wassalam.








Tiada ulasan:

Catat Ulasan