mata-mata

23 Ogo 2011

Apakah benar bahawa kaum wanita itu lemah akal dan agamanya..

Jawapan :


             Akal berasal dari kata "iqaal" , ertinya ikatan, mengikat sesuatu hingga tidak bebas bergerak. Fungsi akal iaitu memberikan pertimbangan, pendapat atau memilih sesuatu. 
     
             Biasanya akal menjadi lemah dan kalah jika menghadapi perasaan, Di sini masalahnya, wanita lebih kuat menggunakan perasaan dan emosi berbanding lelaki. Lelaki, lebih banyak memakai akalnya berbandiang perasaan. Kerana wanita diberi tugas oleh Allah untuk mengandungi, menyusuli, memelihara anak dan tugas-tugas lain yang lebih banyak memerlukan perasaan.
   
           Perasaan mempunyai nilai tinggi, sangat mulia dan diperlukan sekali untuk  mewujudkan kasih sayang. Sedang akal justeru mengalahkan perasaan dan kasih sayang. Misalnya, seorang ayah bersikap keras dalam mendidik anaknya. Ibunya, kerana didorong perasaan ia mencegah suami berbuat seperti. Anak memerlukan kesempurnaan akal dari ayah dan perasaan belas kasih dari ibu. 

            Kekurangan akal wanita berbanding lelaki bukan bererti cela. Justeru kelebihannya merupakan kebanggaan. Ertinya dari kurang atau lemah agamanya iaitu, bahawa Allah benyak memberi kebebasan kepada wanita dari kewajipan-kewajipan melaksankan tugas-tugas agama. Misalnya, wanita tidak dibolehkan sembahyang dan puasa pada saat haid dan nifas. Wanita tidak diwajibkan Jumaat dan jemaah. Wanita juga tidak diwajibkan ikut perang ( jihad ). Jadi memang lebih sedikit kewajipan-kewajipan wanita berbanding lelaki.


        Kekurangan-kekurangan itu bukan bererti membezakan pahala wanita deangan lelaki. Masing_masing mendapat pahala sesuai dengan tugas dan fungsinya.  


    Firman Allah :


"Bagi lelaki ada bahagian dari apa yang mereka usahakan dan para wanita ada bahagian dari apa yang mereka usahakan"  ( An-Nisaa' 32)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan