“Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)
mata-mata
24 Mac 2011
HUKUM MENCUKUR BULU KAKI :
Tidak ada larangan dari Syarak terhadap mencukur bulu kaki. Yang ada larangan hanyalah mencukur/menipiskan bulu kening di mana ia dilaknat oleh Allah sebagaimana ditegaskan oleh Nabi s.a.w. dalam hadisnya; “Allah melaknat perempuan-perempuan yang membuat tatu dan yang meminta dibuat tatu pada badannya, perempuan-perempuan yang mencukur alis (bulu kening) atau minta dicukur alisnya dan perempuan-perempuan yang menjarangkan giginya untuk kelihatan cantik iaitu perempuan-perempuan yang merubah ciptaan Allah”. (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim dari Abdullah bin Umar r.a.). Apabila tidak ada larangan, maka ia kekal di atas hukum asalnya iaitu harus. Secara amnya, hukum mencabut bulu di badan adalah seperti berikut;
1. Mencabut bulu ketiak dan ari-ari; hukumya sunat. Bagi bulu ari-ari yang paling baik ialah mencukurnya. Adapun bulu ketiak yang paling baik ialah mencabutnya. Namun, jika dibuang dengan cara lain dari itu tidak mengapa.
2. Mencabut bulu kaki dan bulu lengan/betis bagi wanita; harus kerana tidak ada dalil Syarak melarangnya.
3. Mengilangkan bulu kening; haram sekalipun dengan permintaan suami kerana larangan keras oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadis di atas.
Mengenai bahan/ubat/sabun yang digunakan itu, harus jika tidak mendatangkan mudarat kepada badan. Selain itu, hendaklah dipastikan ia suci (tidak mengandungi bahan najis). Jika ada bahan najis, hendaklah dibasuh sebelum mengerjakan solat.
Wallahu a’lam.
21 Mac 2011
Hukum mencuri dalam islam
Takrif dari istilah Mencuri
Pengertian mencuri dan hukumnya dalam islam dari segi:
1. Pengertian bahasa:pengambilan harta benda secara diam-diam.
2 . Istilah syarak:pengambilan harta secara diam-diam dan zalim dari tempat simpanan sewajarnya dengan terikat kepada syarat tertentu.
Hukuman mencuri dalam islam mengikut nas-nas
Al-Quran dan hadis As-Syarif telah menetapakan hukumnya ialah potong tangan ke atas pencuri sama ada lelaki atau perempuan apabila sabit kesalahannya Pembalasan (hukuman)tidak harus diberi keampunan oleh mangsa curinya sendiri atau pihak pemerintah,ia juga tidak harus ditukar ganti dengan menjadi miliknya orang lain.
Dalil mencuri dari Al Quran Al karim:
v “Laki-laki yang mencuri dan perempuan yang mencuri, potong lah tangan keduanya (sebagai) pembalasan bagi apa yang mereka kerjakan dan sebagai seksaan dari Allah. Dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. Maka barang siapa bertaubat (di antara pencuri-pencuri itu) sesudah melakukan kejahatan itu dan memperbaiki diri, maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang” (Al-Ma’idah:38-39)
Dalil mencuri dari Hadis Nabi swt :
§ dari Ibnu Umar r.a berkata, “Beliau (Rasulullah) memotong tangan pencuri kerana mencuri perisai (baju besi) seharga 3 dirham” (Al Bukhari dalam Al Hudud no.6796 dan Muslim dalam Al Hudud no.1686/6)
§ dari Aisyah r.a, Nabi bersabda, “Tangan harus dipotong kerana mencuri ¼ dinar atau lebih” (Sohih Al Bukhari dalam Al Hudud no.6789)
§ Sohih Muslim dalam Al Hudud no.1684/2, “Tangan pencuri tidak dipotong melainkan kerana mencuri ¼ dinar atau lebih.”
§ Nabi bersabda, “Potonglah kerana mencuri ¼ dinar, dan jangan potong kerana mencuri kurang dari itu.” (Al Bukhari dalam Al Hudud no.6791)
§ dari Rafi’ bin Khudaij berkata, “Aku mendengar Rasulullah bersabda: tidak ada hukum potong kerana mengambil buah-buahan, begitu pula tandan kurma.” (HR. Ahlus Sunah, Abu Dawud dalam Al Hudud no.4388, dan At Tirmidzi dalam Al Hudud 1449).
Dari dalil-dalil di atas, saya memahami bahawa seseorang boleh dianggap sebagai pencuri dan dikenali hukum potong tangan apabila pencurian dilakukan pada tempat penyimpanan dan telah mencapai nishab 1/4 dinar, 1 dinar = 4.25 gram emas asli 1,0625 gram emas asli atau kalau sekarang (1gram emas asli 99% = RM 500.00.)
Syarat-syarat bagi sabit hukuman mencuri
a . Syarat pencuri:
- Sempurna akal
- Baligh
- Pilihan sendiri
- Terikat dengan undang-undang Islam
- Pencuri bukan asalnya (bapa atau datuk)
- Tahu mencuri itu haram
b. Syarat harta:
§ barang yang bernilai.
§ Cukup nisab.
§ Harta yang dicuri terletak di tempat yang sewajarnya dengannya.
§ Harta yang dicuri itu jenis tahan disimpan dan tidak jenis rosak.
§ Hendaklah barang yang dicuri bukan sesuatu yang di harus seseorang mengambilnya.
§ Harta benda itu bukan miliknya. dan tiada tempat penjaga.
§ Terpelihara,iaitu pencuri tidak ada hak mengambil, tidak ada takwil dan tidak ada sepakat pencuri tidak dibenarkan masuk ke tempat simpanan dan tidak mempunyai keizinan.
§ Ada niat untuk mencuri.
kedudukan dan kesan apabila tiada pelaksanaan hukuman had terhadap individu dan masyarakat:
a)Individu :
1 Seorang yang tidak dijatuhkan hukuman akan berasa tidak takut serta ada kemungkinan dia akan melakukan lagi kesalahan tersebut.
2 Individu lain sentiasa takut dan bimbang barang-barang mereka dicuri.
b)Masyarakat :
1 Masyarakat akan mengambil tindakan sendiri terhadap pencuri.
2 Keadaan masyarakat tidak aman serta menimbulkan permusuhan di kalangan mereka.
Hukuman Bagi Pencuri
Mencuri adalah dosa besar dan orang yang yang mencuri wajib dihukum, iaitu:
1. Mencuri yang pertama kali, maka dipotong tangan kanannya.
2. Mencuri kedua kalinya, dipotong kaki kirinya.
3. Mencuri yang ketiga kalinya, dipotong tangan kirinya.
4. Mencuri yang ke empat kalinya, dipotong kaki kanannya.
5. Kalau masih mencuri, mengikut kata sebahagian ulama' ia wajib dibunuh.
Syarat hukum potong tangan
1. Pencuri tersebut; sudah baligh, berakal, sanggup melakukan pencurian dengan kehendaknya bukan paksaan.
2. Barang yang dicuri sampai nisab ( 1/4 dinar emas), dan barang itu bukan milik si pencuri.
2. Barang yang dicuri sampai nisab ( 1/4 dinar emas), dan barang itu bukan milik si pencuri.
Langgan:
Catatan (Atom)